PKP Kedua, 12 Individu Ditahan Mahu Beli Roti, Air Dan Rokok


Semalam telah bermula dengan fasa dua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diperketatkan peraturannya dimana semua premis perniagaan hanya dibenar beroperasi selama 12 jam sehari, dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Namun masih ada yang berdegil, mengingkari arahan PKP ini dengan keluar dari rumah tanpa sebarang sebab mustahak.

Seramai 12 individu ditahan pada jam 11 malam semalam. Setelah ditahan mereka memberi alasan yang tidak masuk akal, termasuk mahu membeli roti, air dan rokok.Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, alasan tersebut tidak dapat diterima memandangkan semua kedai ditutup pada jam 8 malam.

Sumber gambar dari Sinar Harian
Menurut info yang dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis sudah mengkaji beberapa lokasi di daerah berkenaan yang dikenal pasti sebagai lokasi ‘meriah’, lokasi mereka yang kerap mengingkari arahan PKP. Kawasan dikenal pasti adalah Taman Medan, Taman Dato Harun, Ara Damansara dan Damansara Damai.

Sebelum menangkap, pihaknya akan memberi nasihat agar tidak keluar dari rumah melebihi jam 10 malam. Jika ada yang mengingkari arahan pihak akan terus membuat tangkapan.

OHMEDIA: MENTERI DAH MAKLUM KEDAI BUKA SAMPAI PUKUL 8 MALAM JE, KENAPA MASIH ADA YANG BERDEGIL CARI BENDA BUKAN-BUKANSAAT SEMUA KEDAI TUTUP? SILA BERI KERJASAMA DENGAN ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca 12 individu ditahan mahu beli roti, air dan rokok di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media