Melalui satu sidang video bersama petugas kesihatan Hospital Sungai Buloh, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa berterima kasih dan kepada mereka, terutamanya mereka yang bertugas dibahagian hadapan dalam memerangi wabak ini sehingga Malayisa mendapat pengiktirafan dunia.
Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri mengingatkan bahawa perjuangan mereka belum selesai meskipun sekarang trend menunjukkan penurunan kes baru berlaku. Beliau menambah, penurunan trend ini adalah hasil kerjasama barisan hadapan seperti PDRM, ATM, APM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia dalam memerangi wabak ini.
Selain itu, Tan Sri Muhyiddin menyatakan, kesanggupan mereka berhadapan risiko serta kerja keras dan sumbangan cemerlang amatlah dihargai kerana ia pandemik COVID-19 ini adalah sesuatu yang mereka tidak pernah tangani dan berjaya melakukannya.
Dipetik dari Sinar Harian, beliau juga turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui petugas-petugas barisan hadapan sudah mempunyai masa untuk bertemu ahli keluarga masing-masing dan berterima kasih kepada mereka kerana memahami dan merestui tugasan mereka.
OHMEDIA: TERIMA KASIH ATAU SUMBANGAN DAN KERJA KERAS ABANG-ABANG, KAKAK-KAKAK FRONTLINER DALAM MENGEKANG PENULARAN WABAK INI.
Sumber: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca frontliner Malaysia dapat pengiktirafan dunia di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media