Oppo Ace2 Dilengkapi Dengan Pengecasan Pantas Nirwayar 40W


Semalam, Oppo baru saja memperkenalkan telefon pintar baru mereka iaitu Oppo Ace2 yang tidak lagi menggunakan penjemanaan Reno dan masih memegang rekod dunia dalam sistem pengecasan terpantas. Oppo Ace2 ini hadir dengan skrin sebesar 6.55 inci OLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ianya dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 gais.

Oppo Ace2 ini juga ditawarkan dengan memori sebesar 256GB UFS 3.0 besertakan 12GB RAM LPDDR5 RAM. Apa yang menariknya, telefon pintar terbaru ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh berasa sokongan mengecasan pantas AirVOCC sebanyak 65W serta menyokong pengecasan nirwayar 40W AirVOCC.


Untuk kameranya pula, ia dilengkapi dengan 4 kamera belakang dengan sensor utama 48 megapixel, 8 megapixel untuk sensor ultra-lebar, 2 megapixel sensor monokrom 2 megapixel sensor depth. Untuk yang kaku selfie, kamera depannya pula didatangkan dengan 16 megapixel.

Tertarik pula Ohmedia melihat kamera belakang Ace2 yang berbentuk bulat ni. Menurut the verge, Telefon pintar ini belum masuk di pasaran lain buat masa ini. Ianya baru saja diumumkan di China dan akan dilancarkan pada 20 April nanti.

Sumber : The Verge

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Oppo di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media