Oh! Media Kongsi Walaupun Harga Air Mineral Evian Lebih Mahal, Ia Tidak Salah Jika Untuk Kebaikan Diri


Apa lagi perkongsian menarik yang kita boleh tengok hari ni dekat Instagram Ohmedia? Haa, hari ni admin Ohmedia kongsi pula tentang kebaikan air Evian yang dikatakan mahal berbanding jenama air mineral yang lain. Sudah lebih 3 bulan juga nampaknya admin Ohmedia minum air ni. So, apa kebaikannya?

Dah lebih 3 bulan, Ohmedia cuba biasakan beli Evian ini sahaja. Ya, harga dia ni bukan kaleng-kaleng untuk sejenis mineral water semulajadi. Ada rasa apa-apa perubahan ke kat diri? Tiada. Ada rasa hidup jadi lebih best? Tiada. Ya sama je macam kita minum air mineral biasa yang harganya 5 kali ganda lebih murah tu. Kalau dah namanya air kan bila dahaga kita minum, dan dahaga pun hilang. Setel. Haha.

Tapi, memang ada kelebihan sebenarnya sampai ke botol dia tu pun ada kelebihan tersendiri. Sesuatu benda tu akan jadi mahal dengan bersebab. Tu korang boleh Google dan baca la nanti.

Tapi.... sekarang #ohmedia ada satu kesedaran iaitu lakukan investment kepada diri sendiri. It’s ok beli air mineral mahal untuk diri sendiri minum. It’s ok keluar duit lebih dari biasa untuk diri sendiri. It’s ok nak beli apapun untuk diri sendiri nikmati sepenuhnya. It’s ok untuk bagi yang terbaik untuk diri. Untuk diri sendiri. Diri kau sendiri yang hari-hari kau pakai, kau belai rohani dan jasmani.



Kita biasa nampak YDP Agong pun layan air ni. Tun M pun minum air ni. Memang saja suka-suka ke? Mestilah ada sebab tertentu yang tak payah la kita nak susah payah sibuk nak fikir panjang atau bergaduh pulak dengan orang yang kita tak kenal kat internet ni.

Just invest sahajalah untuk diri kita sendiri. Jangan la berkira dengan diri sendiri. Itu la yang #ohmedia cuba nak sampaikan sebenarnya. Pasal air mineral tu sebagai contoh sahaja selebihnya korang fikir-fikirkanlah sendiri. End of story ☺️ #evian #OhmediaMakan



Kesimpulannya, jangan pernah kedekut dengan diri sendiri sekiranya ia baik untuk diri kita. Lagi-lagi untuk kesihatan! Kalau tak sihat banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan. Apa-apapun ukurlah badan sendiri dan jangan pernah samakan kehidupan orang, minat orang, dan kemampuan orang dengan apa yang ada pada diri kita ya. Dari pemerhatian kami di Lazada, harga air mineral Evian untuk 1.25L sekitar RM9.90 sahaja.

Jadi apa pula respon pengikut Ohmedia di Instagram? Jom usya!



Wow! Siap ada yang jadikan air Evian ni untuk mandi jer. Hebat lu bro! Afiq.i_ pun dah kongsi yang botol ni diperbuat dari bahan plastik yang mudah dikitar semula. Jadi, sebab tu agak mahal. Sebab tu dalam dunia ni kita tidak boleh fikirkan kehidupan kita sahaja kerana kita perlu fikir juga kehidupan pokok, haiwan dan sebagainya. Itu jer kot perkongsian untuk malam ni. Korang suka minum air mineral apa?



Dah lebih 3 bulan, Ohmedia cuba biasakan beli Evian ini sahaja. Ya, harga dia ni bukan kaleng-kaleng untuk sejenis mineral water semulajadi. Ada rasa apa-apa perubahan ke kat diri? Tiada. Ada rasa hidup jadi lebih best? Tiada. Ya sama je macam kita minum air mineral biasa yang harganya 5 kali ganda lebih murah tu. Kalau dah namanya air kan bila dahaga kita minum, dan dahaga pun hilang. Setel. Haha. . Tapi, memang ada kelebihan sebenarnya sampai ke botol dia tu pun ada kelebihan tersendiri. Sesuatu benda tu akan jadi mahal dengan bersebab. Tu korang boleh Google dan baca la nanti. . Tapi.... sekarang #ohmedia ada satu kesedaran iaitu lakukan investment kepada diri sendiri. It’s ok beli air mineral mahal untuk diri sendiri minum. It’s ok keluar duit lebih dari biasa untuk diri sendiri. It’s ok nak beli apapun untuk diri sendiri nikmati sepenuhnya. It’s ok untuk bagi yang terbaik untuk diri. Untuk diri sendiri. Diri kau sendiri yang hari-hari kau pakai, kau belai rohani dan jasmani. . Kita biasa nampak YDP Agong pun layan air ni. Tun M pun minum air ni. Memang saja suka-suka ke? Mestilah ada sebab tertentu yang tak payah la kita nak susah payah sibuk nak fikir panjang atau bergaduh pulak dengan orang yang kita tak kenal kat internet ni. . Just invest sahajalah untuk diri kita sendiri. Jangan la berkira dengan diri sendiri. Itu la yang #ohmedia cuba nak sampaikan sebenarnya. Pasal air mineral tu sebagai contoh sahaja selebihnya korang fikir-fikirkanlah sendiri. End of story ☺️ #evian #OhmediaMakan
A post shared by Oh! Media | #StayAtHome (@ohmedia) on

+ Baca respon pembaca yang minum Evian di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media