Sepertimana yang kita tahu, kluster kayangan merupakan individu yang baru pulang dari luar negara dan mahukan layanan seperti kelas pertama daripada petugas barisan hadapan. Kisah kluster ini juga tular di media sosial apabila mereka didakwa sebagai kluster yang mementingkan diri sendiri dan suka bercakap kasar serta menengking pada frontliners, sebab itulah mereka dinamakan sebagai 'Kluster Kayangan'.
Baru-baru ini, Naim Daniel memuatnaik satu posting di Instagramnya, @naimdanielx dengan menciptakan lagu khas yang bertajuk 'Kayangan' buat mereka. Wah, terbaiklah! Memang deep habis lirik dia.
Sorry guys sebab 2 hari rehat daripada sambung buat lagu untuk playlist KERANA CORONA aku ni. Harini aku sambung balik sebab ada isu pasal orang kata "kluster kayangan" ni yang agak menggelikan bulu telinga aku. Jadi terpanggillah aku untuk buat lagu ni. Aku tahu tak banyak benda aku boleh buat sebagai rakyat Malaysia, jadi aku luah dalam lagu, kalau ada yang dengar dan boleh apply apa yang aku cuba sampaikan pun kira aku dah seronok dah. Satu yang aku pegang dalam hidup ni adalah, kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan permudahkan kerja kita. Cukup. Tak payah nak itu ini. Percaya benda tu insyaallah kau selamat.
OHMEDIA: TERIMA KASIH FRONTLINERS!
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca minat Naim Daniel di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media