Nabila Razali Terima Lebih 40,000 Mesej, Telefon Sampai 'Hang'!


Wah! Ramai betul peminat Nabila Razali sehingga menyebabkan telefonnya 'hang' gara-gara menerima ratusan panggilan dan 40,000 mesej di aplikasi WhatsApp tau. Kalau korang nak tahu, sebenarnya Nabila sudah membuat satu perjanjian dengan peminatnya tau.


Perjanjian tersebut merupakan perkongsian nombor telefon peribadi Nabila untuk peminatnya setelah lagu baharunya yang berjudul Peluang Kedua mencecah satu juta tontonan di laman Youtube. Laju betul peminat dia buat kerja kan? Hehe.

Selepas kongsi nombor telefon peribadi, saya menerima mesej dan panggilan tak henti-henti daripada peminat...sampaikan telefon 'hang' dan bateri habis kerana mesej bertalu-talu masuk sehingga awal Subuh. Saya sempat jawab beberapa ratus mesej dan panggilan daripada mereka...cumanya mesej di WhatsApp itu perlukan sedikit masa untuk balas, kita tak sempat nak balas lagi, mesej orang lain pula masuk! Sejujurnya saya seronok dapat berinteraksi secara peribadi dengan peminat kerana rasa lebih dekat dengan mereka dan inilah masa untuk membalas semula sokongan peminat sebelum ini. Mula-mula ada yang ingat saya main-main sahaja bagi nombor telefon, tapi bila saya jawab panggilan mereka terus terkejut dan malu-malu nak bercakap. InsyaAllah selagi ada masa, saya sendiri yang akan balas dan jawab panggilan mereka semua, cumanya kena bersabar sedikit sebab terlalu banyak mesej masuk. Saya minta maaf jika tak sempat nak balas semuanya...apa-apa pun terima kasih kepada semua yang tak henti menyokong karier seni saya dan teruskan menonton lirik video Peluang Kedua di Youtube ya!

Untunglah siapa dapat nombor telefon tu. Terima kasih Nabila kerana melayani peminat dengan baik. Apapun, Ohmedia berdoa agar Nabila terus maju jaya dalam industri seni. Korang jangan lupa dengar single kelima Nabila, Peluang Kedua okay!

OHMEDIA: UNTUNG ADA PEMINAT, OHMEDIA TAK ADA PUN. HMM

Sumber: mStar | Youtube

+ Baca respon pembaca minat Nabila Razali di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media