MPKK Parit Che Ha Agih Gulai Daging Untuk 'Sama Merasa'

Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin mengagihkan gulai daging kepada salah seorang penduduk


Oleh: Ahmad Mawardi

HULU TERENGGANU, 19 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Che Ha, Manir mengagihkan gulai daging kepada 147 rumah penduduk sekitar bagi ‘sama merasa’ dan berkongsi kesusahan di musim Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa 3, semalam.

Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin berkata, kesemua rumah mendapat sebungkus gulai daging hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.

“Program agihan ini amat berkesan kerana selaku Ketua Kampung cukup merasa keadaan kehidupan keterbatasan PKP berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40).

"Saya berharap pemberian mampu pihak yang terkesan merasai gulai daging buat seisi keluarga terutamanya dapat meringankan beban keluarga ibu tunggal dan fakir miskin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) bersama para petugas Belia semasa agihan gulai daging untuk penduduk sekitar.



Terdahulu, agihan ayam bersih dan tembikai kepada setiap rumah dan juga bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan awal tempoh PKP kepada yang benar-benar terkesan.

"Selepas ini gabungan MPKK, Wanita dan Belia akan terus bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," ujarnya.

Sumber: teganukita.net