Michael Ang Tetap Sokong Kerajaan Walaupun Tak Layak Terima BPN


Pengarah terkenal Michael Ang mengatakan yang dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung menerusi akaun Instagram miliknya. Baru-baru ini juga, pelakon terkenal iaitu Amar Baharin ada berkongsi keputusan bantuannya yang dikatakan sama iaitu tidak layak.

BACA : Amar Baharin Kongsi Keputusan Tak Lulus Mohon BPN!


Michael Ang mengatakan yang dia faham akan niat kerajaan untuk memberi bantuan tersebut kepada orang yang lebih memerlukan diluar sana dan akan sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk membanteras wabak covid-19 daripada menular. Dia juga turut berkata supaya kita sama-sama bekerjasama mengikut apa yang diperintah kerajaan untuk membanteras wabak ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak covid-19 ini akan berakhir dan apa yang penting, kita sama-sama usaha untuk jaga kebersihan diri. Sentiasa basuh tangan dan jaga penjarakan social semasa berada diluar ya. Oh ya, korang dah semak status permohonan korang? Layak ke tak tu? Ohmedia punya permohonan baru diterima dah tiada keputusan lagi sama ada layak ataupun tidak.

Sumber : Michael Ang

+ Baca respon pembaca Michael Ang tidak layak menerima BPN di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media