Masih Ramai Majikan Tidak Peduli Tentang Subsidi Program Subsidi Upah Untuk Kebajikan Pekerja Mereka!


Masih ramai majikan tidak tahu atau tidak ingin ambil tahu tentang bantuan Program Subsidi Upah (PSU) ini. Melalui bantuan yang diperuntukkan Kerajaan Malaysia ini, sekurangnya majikan dengan 75 orang pekerja dan ke bawah akan menerima bantuan sehingga RM1,200 setiap sebulan bagi setiap orang pekerja mereka.


Bantuan ini sememangnya sangat membantu meringankan beban syarikat semasa PKP ini tanpa perlu membuang pekerja, memotong gaji pekerja, dan sebagainya.


Dari maklumbalas yang Ohmedia terima selepas kami secara bersahaja kongsikan tentang ini di Twitter, ramai pekerja yang mengadu majikan mereka tidak ambil tahu tentang soal ini dan hanya mengambil tindakan tidak membayar gaji dan memotong gaji mereka. Lebih parah, ada yang diberhentikan terus tanpa sebarang notis.


Adakah sukar untuk membuat permohonan ini? Tidaklah sukar asalkan syarikat anda ada membuat caruman SOCSO kepada pekerja mereka sebelum 1 April 2020 dan juga syarikat tersebut telah berdaftar di SSM sebelum 1 Januari 2020. Antara dokumen yang diperlukan ketika ingin menghantar permohonan adalah seperti berikut;


Permohonan boleh dibuat secara online sahaja melalui website prihatin.perkeso.gov.my.

Beritahu boss/HR anda untuk apply!

+ Baca respon pekerja kecewa di Twitter & Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media