Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Arah Arab Saudi


Dalam pada dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyerang dan menindas beberapa negara untuk kepentingan mereka. Kita juga ada mendengar bahawa Israel tetap terus melakukan kekejaman ke atas bumi Gaza dan terbaru, Arab Saudi juga terus ditekan dengan peluru berpandu.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh puak pemberontak Houthi ke arah Arab Saudi pada 27 dan 28 Mac baru-baru ini.

Serangan itu sememangnya tidak boleh diterima dan melampau, terutamanya apabila masyarakat antarabangsa sedang menggemblengkan usaha bagi menangani pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas nyawa ribuah manusia di seluruh dunia dan ke atas ekonomi sejagat. - Kata kementerian Luar Malaysia.

Bagaimanapun, pertahanan Arab Saudi melaporkan berjaya memintas peluru berpandu yang disasarkan ke arah bandar Abha, Khamis Mushait, Riyadh dan Jazan.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang turut mengutuk serangan ini di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media