Menurut laporan TRIBUNNEWS, seorang pelakon bernama Luna Maya terpaksa menangguhkan hasratnya untuk membina rumah baru yang terletak di Bali akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
Rumah tersebut merupakan konsep tropis moden kerana dia berasa sesuai untuk suasana di Bali supaya udara banyak masuk ke dalam rumah tau. Bukan tu jer, dia juga memilih rekaan yang banyak fungsi dan setiap sudut rumahnya cantik untuk bergambar.
Saya tak berasa suka rekaan bentuk yang minimalis, saya lebih selesa dengan rekaan yang banyak fungsi dan tropis moden. Di Bali banyak yang sesuai dengan minat saya. Selain itu, saya tidak suka banyak halangan, mahu yang simple. Jika dibuat untuk sesi bergambar di pelbagai sudut, ruangan itu masih terlihat cantik tapi buat masa ini, hasrat tu terpaksa ditangguh dahulu sebab penularan wabak Covid-19.
Kalau korang nak tahu, arkitek yang bernama Revano Satria berkata Luna adalah seorang yang sangat teliti melihat setiap perincian di rumahnya sehinggakan tempat untuk bergantung di bilik air pun dia tengok tau!
OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK RUMAH BARU LUNA MAYA!
Sumber: Tribunnews
+ Baca respon pembaca minat Luna Maya di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media