Sejak beberapa minggu lalu lagi sudah kecoh mengenai satu aplikasi yang dikatakan menjadi punca dalam beberapa kes kehilangan duit simpanan individu tanpa disedari mereka. Aplikasi yang disebutkan itu adalah Zoom di mana ia semakin popular selepas digunakan oleh kebanyakan syarikat dan kumpulan untuk melakukan perbincangan secara online.
Terbaru, aplikasi Zoom dilaporkan telah menghadapi kebocoran lebih 500,000 maklumat pribadi pengguna yang dicuri oleh penggodam dan ia dijual di dalam laman web gelap. Apa yan dilakukan oleh penggodam ini sangat licik apabila mereka menggunakan alamat emel dan kata laluan pengguna untuk mengakses maklumat pribadi mangsa.
Memetik dari laporan Cybel, pengguna disarankan untuk menukar kata laluan dan tidak menggunakan kata laluan yang sama. Ohmedia tahu yang kebanyakan dari kita lebih suka menggunakan kata laluan yang sama bagi memudahkan untuk kita ingat.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada bukti yang menunjukkan aplikasi ini menjadi punca hilangnya duit simpanan di dalam mana-mana bank. Tapi Ohmedia syorkan untuk korang tinggalkan aplikasi yang banyak kontroversi dan masalah seperti ini dan gunakan aplikasi yang lebih diyakini dan selamat.
Sumber: Bleeping
+ Baca respon pembaca yang gunakan aplikasi zoom di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media