Lancarkan Perjalanan Bekerja Dari Rumah Dengan 5 Langkah Terbaik Ini


Kita semua sedang melalui cara hidup baru semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ramai yang bekerja dari rumah untuk menjaga penjarakan social dari penyebaran wabak koronavirus. Susah juga untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru yang lari 360 darjah dari kebiasaan kan?


Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang korang sangka sebab terdapat banyak gangguan daripada anak-anak, haiwan belaan dan juga internet yang kurang ketika ingin berurusan melalui emel dan bermesyuarat. Tetapi, kita patut bersyukur kerana masih ada lagi kerja untuk menyara kehidupan dan internet telah menjadi keutamaan untuk kita terus berhubung dengan kerja dari jauh.

Syarikat telco, Celcom ada berkongsi beberapa langkah terbaik untuk dapatkan kelajuan internet dengan lebih baik supaya dapat kita semua dapat berhubung melalui Zoom, O365 Teams, Skype, Hangout dan Slack untuk tujuan bekerja dan menjadi produktif semasa berada dalam tempoh PKP.

Cari tempat sambungan wi-fi yang terbaik


Sekiranya korang langgan pakej internet yang paling mahal sekalipun dan router dirumah tidak diletakkan pada tempat yang strategik, internet tidak akan laju. Apa yang korang perlu buat adalah dengan meletakkan router di bahagian tengah rumah, iaitu di kawasan yang tanpa dinding atau objek logam disekeliling serta berjauhan dengan pelataran nirwayar lain.


Satu cara lagi, korang perlu letakkannya di tempat yang tinggi untuk menggunakan sambungan jalur 5Hz dan menjadikan ia lebih cepat. Jika ada sedang berjauhan dengan router, pilih jalur 2.4Hz sebab ianya lebih sesuai untuk penjarakkan jauh dengan lebih julat penghantarannya melalui dinding dan objek pepejal.

Halang iklan yang tidak sepatutnya keluar


Menghalang iklan dari kelaur dari browser adalah cara yang bagus untuk mengurangkan kegunaan jalur lebar internet. Memandangkan ramai yang tengah bekerja di rumah, ini salah satu cara untuk hindari ilyanklan berniat jahat yang mengandungi niat penipuan phishing, malware atau virus. Dengan itu, ia dapat membantu mengurangkan kesesakan di rangkaian internet dan mempercepatkan tahap kelajuan internet korang.

Tutup Auto-sync pada aplikasi


Korang perlu tutup auto-sync pada aplikasi cloud-based untuk menghentikan penggunaan data pada latar belakang. Fungsi auto-sync ini adalah memeriksa data peranti dan komputer untuk dikemaskini/ Contoh aplikasi cloud-based adalah Dropox, Google Drive, Slack dan Todoist.

Sambungkan kabel ethernet untuk lebih kelajuan


Sambungan kabel ethernet pada komputer ataupun laptop untuk dapatkan kelajuan internet yang lebih lahu, stabil dan konsisten sehingga dua atau tiga kali ganda lebih baik berbanding menggunakan wi-fi.

Bertanggungjawab untuk kekal selamat 


Pada zaman sekarang, internet telah menjadi kegunaan dalam era digital dan semasa PKP berlangsung, ianya juga penting untuk anda jalankan tugas ataupun bekerja dari rumah. Tetapi. korang kena berjaga-jaga dari mencuri identiti.

Kita duduk dirumah dan jauhi koronavirus, kita juga perlu jauhkan diri dengan virus internet serta malware dengan memasang antivirus. Kosongkan cache anda dengan kerap bagi sesiapa yang mempunyai anak dan pastikan peranti mereka mempunyai fungsi kawalan ibubapa untuk langkah berjaga-jaga dan halang mereka dari memasuki web yang tidak sepatutnya.

Tetapkan semula untuk Sambungkan kembali 


Mungkin internet korang akan terganggu sesetengah waktu akibat ramai pengguna yang sedang menggunakan internet dan penggunaan wi-fi yang agak lama boleh menyesakkan lalu lintas rangkaian. Dengan menetapkan semula model korang, ianya mampu untuk menyegarkan sambungan wi-fi  dan memberikan produktiviti kerja yang lebih baik.

Jangan lupa bahagikan masa bekerja dengan diri sendiri ya. Luangkan masa untuk kekal tenang. Dalam masa yang sama, korang perlukan sambungan yang sihat bersama orang tersayang dan sama-sama berperang melawan covid-19 ni gais.





Sumber: Oh! Media