KP KKM Yakin Kita Akan Menang Dalam Fasa Ke-3 PKP


Apa sudah jadi ni? Ohmedia sudah mula nampak rakyat Malaysia ambil mudah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepasa tersebar di beberapa lokasi menunjukkan banyak kereta berada di atas jalan raya. Ini bermakna ramai rakyat Malaysia sudah mula berdegil. Harap semua dapat terus bersabar dan jangan sia-siakan usaha kita selama ini.

Hari ini, KP KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sudah menunjukkan keyakinan beliau yang kita akan berjaya membendung COVID-19 ini dalam fasa ketiga PKP yang dilihat berdasarkan statistik penularan wabak Pandemik ini.

JP Morgan sebelum ini jangkakan kita bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes. Esok saya jangkakan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah kurang daripada 5,000 kes dan ia hasil keberkesanan daripada PKP fasa pertama dan kedua. Setakat minggu ke-13, Malaysia masih dalam fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, tetapi kita akan terus pantau sebab kes belum berkurangan lagi. - Katanya.

Jadi, adakah kita akan mengaku kalah dan bersenang-senang sekarang? Adakah kita nak sia-siakan pengorbanan pasukan hadapan negara? Tolong jangan pentingkan diri dan marilah kita bersama-sama mengingatkan orang di sekeliling kita untuk terus berada di rumah. #KitaJagaKita

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media