Kini Anda Boleh Sertai ‘30 Seconds Push-Up Challenge Bersama Bad Lab’, Menangi Hadiah Menarik Dari Bad Lab!

Dah lama rasanya Ohmedia tak buat contest untuk pengikut setia dekat Facebook ni. Bagi yang ingin menyertai dan memenangi hadiah menarik, korang wajib sertai ‘30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab’ ni tau! Mudah jer gais. Berikut adalah terma dan syarat & cara-cara penyertaan!


Terma dan Syarat Peraduan:

“30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab” (“Peraduan”) dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas (pada 01.01.2020) kecuali agensi dan pembekal pengiklanan/PR Citychemo Manufacturing Sdn Bhd. Peserta di bawah umur 18 tahun adalah diperlukan untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, persetujuan tersebut dianggap telah diperolehi. Bagi peserta tersebut, Penganjur menganggap tanggungjawab ibu bapa dan/atau penjaga untuk memantau penyertaan peserta dalam peraduan ini.


Cara-cara penyertaan:

1. Buka Bad Lab Timer di sini:



2. Rakamkan diri korang melakukan push-up sebanyak mana yang mungkin selama 30 saat dengan Bad Lab Timer yang disediakan.

a) Untuk 10 saat yang pertama, lakukan pengenalan mengenai push-up challenge tersebut serta sebutkan 3 nama rakan korang untuk sahut cabaran ini.

b) Kemudian, 3 saat (Ready, Set & Go) yang kedua pula untuk bersedia sebelum beraksi.

c) Lakukan push-up sebanyak mana yang mungkin selama 30 saat.

d) Peserta harus memberitahu kepada penonton jumlah push-up yang sudah dilakukan.

3. Untuk masukkan sticker Bad Lab Timer dalam video, korang boleh gunakan aplikasi VideoLeap di App Store ataupun Vivavideo di Play Store dengan hanya search “badlabtimer”, “badlabchallenge” ataupun “badlab” jer. Kalau korang tak jumpa timer dekat giphy, boleh muat turun di sini dan letakkan di dalam video korang.

4. Jangan lupa memuat naik video yang telah disunting tadi di Instagram dan pastikan akaun korang tidak private.

5. Letak hashtag #AMPUP30Sec dan #GetFitWithBadLab dekat kapsyen video tersebut dan jangan lupa tag 3 rakan yang disebutkan untuk menyahut cabaran ini. Pastikan korang tulis bahawa arahan untuk menyertai penyertaan ini hanya boleh didapati di ohmedia.my

30 Seconds Push-Up Challenge bersama Bad Lab ini akan berakhir pada 20 Mei 2020, 11.59 pm dan pada tarikh yang sama Ohmedia akan memilih 5 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah menarik daripada Bad Lab. Pemenang dipilih berdasarkan push-up paling kreatif dalam masa 30 saat! Apa lagi jom join!


Sumber: Oh! Media