Baru-baru ini, satu produksi drama Demi menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan ada daripadanya yang telah dijangkiti wabak covid-19. Salah seorang daripada yang dijangkiti ialah pelakon popular Puteri Aishah. Disebabkan itu, kru produksi yang lain juga timbul rasa risau kerana takut perkara yang sama terjadi kepada diri mereka, begitu juga dengan pelakon, Hasnul Rahmat.
Menurut laporan Berta Harian, Hasnul mengatakan yang keputusan bagi dirinya adalah negatif dan amatlah bersyukur dengan keputusan yang diperoleh. Hasnul juga mengatakan yang dia mendapat surat dari Kemeterian kesihatan Malaysia agar dirinya hanya perlu duduk dirumah sehingga tamat tempoh kuarantin. Hasnul juga mengatakan yang dirinya hanya mampu berdoa agar kru produksi yang terkena jangkitan wabak covid-19 segera sembuh.
Hasnul mengatakan yang duduk dirumah bukanlah masalah besar bagi dirinya kerana sebelum ini, dirinya hanya duduk dirumah dan tidak keluar jika tiada pengambaran. Ohmedia berharap semoga kita semua sabar dan tabah untuk tempuh dugaan ini dan sentiasa berada dirumah untuk putuskan rantaian jangkitan coid-19 ini ya gais. Kita sama-sama boleh lakukan!
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca keputusan ujian Hasnul Rahmat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media