'Kali ni main orang dalam, Bos Imigresen kawan my dad, Alhamdulillah dapat lepas juga balik ke KL' - Netizen bengang wanita ini guna kabel, gesa pihak berkuasa ambil tindakan


Viral di media sosial sejak lewat petang semalam, gambar boarding pass penerbangan yang dimuat naik seorang wanita di Instastorynya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 14 April 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Semua rakyat Malaysia dikehendaki mematuhi perintah tersebut tanpa gagal. 

Namun tindakan wanita ini bukan sahaja mengundang reaksi negatif netizen, malah menimbulkan persoalan mengenai tahap integriti pihak berkuasa.

Berdasarkan boarding pass tersebut, wanita itu bersama dua orang anaknya dijadualkan menaiki penerbangan MH2665 dari Tawau ke Kuala Lumpur pada 1 April 2020. 

"Last 2 weeks RMO with family in Tawau. The next 2 weeks RMO with husband in KL. Anak-anak rindu papa dorg. Especially abang Titin. Hari-hari tanya bila nak balik KL jumpa papa. 


"Actually ticket flight 3 of us to KL was on 22/3, tapi tak lepas sebab Immigration tak bagi lepas.

"So kali ni kita main orang dalam. Bos Imigresen which is kawan my dad. Alhamdulillah lepas juga kitorang balik KL," tulisnya disertai dengan emoji gelak ketawa.

Di media sosial, netizen mula mempertikaikan tindakan wanita itu yang didakwa tidak mematuhi PKP dan sanggup menggunakan 'kabel' untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur. 


Justeru, netizen menggesa pihak berkenaan tampil menyiasat dan memberi penjelasan bagaimana insiden itu boleh berlaku di kala rakyat Malaysia yang lain patuh pada arahan PKP, namun ada yang menggunakan kabel untuk kepentingan diri. 



Sumber : thereporter.my