Siapa tak kenal dengan Jasmine Suraya atau turut dikenali sebagai Jasmine Suraya Chin yang dulu pernah menjadi pengacara bola sepak kini beralih bidang kepada layar perak. baru-baru ini Jasmine mengambil keputusan untuk cuba berpuasa pada Ramadan kali ini.
Meskipun bukan beragama Islam, Jasmine menyatakan beliau seronok berpuasa dan tidak menyangka banyak perkara baik disedarinya tanpa disedari. Menjelas lebih lanjut, Jasmine mengangggap berpuasa ibarat detoks bagi dirinya.
Sumber gambar dari Instagram Jasmine Suraya |
Baginya, ia lebih menyeronokan jika beliau terus mencabar diri untuk berpuasa sehingga hari terakhir Ramadan. Berdasarkan pengalaman Ohmedia, bukan Jasmine seorang sahaja yang bukan beragama Islam yang berpuasa di bulan Ramadan, bahkan beberapa selebriti bukan Islam turut melakukan, misalnya Dr Soo Wincci, dan Michael Ang, dimana sudahpun memeluk agama Islam.
OHMEDIA: HARAP JASMINE KUAT UNTUK MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA KERANA IANYA BUKAN SUATU KEBIASAAN YANG DIBUAT OLEH JASMINE. SEMOGA BERJAYA!
Sumber: Metro Online
+ Baca respon pembaca Jasmine Suraya cabar diri berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media