Tahniah Ohmedia ucapkan kepada isteri pendakwah bebas Da'i Ahmad Nik Farhan iaitu Dr. Erin kerana beliau kini berbadan dua. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT.
Perkongsian berita baik itu telah dibuat di Instagramnya, @drholisw baru-baru ini. Menerusi entri tersebut, beliau juga mengatakan bahawa dia amat teruja seperti mendapat anak pertama apabila mengetahui keputusan ujian kehamilannya.
Dah lima tahun tak pernah fikir nak cari benda ini. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa tapi bila adik petrol pum tegur 'akak ok ke nampak macam tak ok saja. Ntah-ntah berisi kot, maklumlah memang musim dia'. Terus gelabah. Pagi ini pergi cari juga benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila dia bagi dua calit kat situ. Alhamdulillah, rezeki Ramadan dan Covid-19. Terima kasih bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ya. Mungkin terlalu awal untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini. Minta maaf tau.
Rata-rata ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali Dr. Erin berusia 40 tahun itu serta mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusannya nanti.
OHMEDIA: WAH, TAHNIAH GAIS! DOA YANG BAIK-BAIK.
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media