Pelakon terkenal, Intan Najuwa dikatakan telah membuka tabung bantuan untuk bantu golongan yang berada dalam kesusahan sebanyak RM10,000 semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Intan mengatakan yang dia mampu beri sebanyak itu sahaja buat masa ini dan mengalu-alukan sesiapa yang sudi untuk menambah nilai batuan tersebut.
Menerusi video yang baru dimuatnaiknya, Intan sangatlah mengalu-alukan kepada keluarga ataupun ibu tunggal yang memerlukan supaya hubungi dirinya melalui Direct Message di Intagramnya. Intan juga berharap kepada sesiapa di luar sana yang turut sama ingin membantu, dialu-alukan seberapa saja yang individu tersebut mampu beri.
Sebelum ini, dikatakan yang Intan berjaya membantu lebih kurang 50 keluarga dan berharap agar boleh membantu ramai lagi insan yang memerlukan. Intan juga ada berkongsikan nombor akaun di Instgramnya bagi sesiapa yang ingin memberikan bantuan dan ianya dibuku sehingga esok. Ohmedia berharap semoga kebaikkan yang mereka buat serba sedikit dapat membantu golongan yang terdesak diluar sana.
Sumber : Instagram Intan Najuwa
+ Baca respon Intan Najuwa bukan tabung bantuan di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media