Hilangkan Bau Ketiak Dengan 5 Cara Mudah Ini!


Masalah ketiak berbau sering dihadapi oleh kebanyakkan individu tak kisahlah pada kawan, orang sekeliling ataupun diri sendiri. Kah! Bila dah datang bau yang tidak menyenangkan tu mesti korang akan hilang keyakinan diri untuk berada di khalayak ramai ataupun berjumpa dengan sesiapa saja betul tak? Kalau korang nak tahu, sebenarnya peluh tidak mendatangkan bau badan, tetapi bakteria yang ada di kawasan pengeluaran peluh tu sebenarnya punca terjadinya bau badan.

Peluh ni keluar dalam pelbagai faktor contohnya apabila korang buat apa-apa aktiviti, banyak bergerak, duduk di tempat yang panas dan sebagainya. Untuk mengelakkan badan dari berbau, Ohmedia ada beberapa tips untuk mengembalikan semula keyakinan diri terhadap individu yang mengalami masalah ketiak berbau.

Banyakkan minum air masak


Elakkan diri untuk mengambil minumam berkafein seperti kopi, nescafe dan sebagainya kerana ia akan mengaktifkan lagi kelenjar peluh kita. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari ya gais.

Cukur bulu ketiak


Faktor ketiak berbau juga adalah disebabkan bulu ketiak kerana bakteria akan terkumpul di situ dan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, kerapkanlah cukur bulu ketiak tu kalau nampak dia dah boleh digulung.

Pakaian yang bersih


Korang perlulah sentiasa memastikan pakaian yang dipakai tu bersih. Jangan pula pakai satu baju tu berulang-ulang kali. Memang busuklah cerita dia betul tak? Lagipun bila pakaian kita bersih, ia akan mengelakkan pembiakan bakteria pada badan kita gais.

Jauhi makanan ringan


Makanan ringan ni memang sedap untuk dilayan tambah-tambah lagi semasa pkp ni, betul tak gais? Kalau korang nak tahu, makanan ringan adalah sejenis makanan yang tidak bernutrisi. Jadi, ia akan terperap dalam badan dan mengambil masa yang lama untuk dicerna oleh saluran penghadaman kita. Ini juga antara penyebab bau badan.

Banyak lakukan senaman


Buatlah senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Tak susah pun, bersenam tidak semestinya korang kena berada di kawasan luar. Dalam rumah pun boleh gais. Macam-macam senaman ringan yang kita semua boleh buat dirumah, contohnya lompat bintang, lakukan push-up dan sebagainya.

Sumber : therohani

+ Baca respon pembaca tips hilangkan bau ketiak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media