Gara-Gara Mesej Suami Orang, Joy Revfa Digelar Sebagai Perempuan 'Jalang'!


Usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar apabila ada pihak menuduhnya sebagai perempuan 'jalang' disebabkan telah menganggu suami orang.


Perkongsian itu telah dibuat di Facebook miliknya, Siti Arifah Mohd Amin semalam menjelaskan bahawa penghantaran emoji cium dan panggilan manja seperti sayang, with love dan dear kepada suami orang adalah salah faham kerana mesej tersebut dihantar secara rambang dan bukannya peribadi.

TAK PASAL-PASAL JOY KENA MAKI HARI NI. Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing bila "message blast" Joy yang ada perkataan "dear, sayang, with love, emoji kiss/yang lain-lain" dalam phone tu. Seriously, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara agent/promoter online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu agent tu lelaki/perempuan). Message tu adalah secara rambang (blast). Bukan Joy bagi secara personal ya..Sebab biasanya agent agent/promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki. Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah Agent MERVE. Kalau nak marah, marah suami anda yer..jangan marah Joy..Tak pasal-pasal mendapat panggilan Perempuan Ja**** hari ni..

Jadi, Ohmedia nak pesan sikit dekat korang sebagai agent, dropship atau promoter untuk sesuatu produk tu. Kalau boleh, letaklah gambar sendiri ataupun bagitahu yang korang ni lelaki ataupun perempuan. Tak adalah isteri tu salah faham, ye tak? Huhu.

Joy pun dah jelaskan hal yang sebenar. Ohmedia harap korang faham lah ya? Sebagai founder, dia tak tahu pun siapa lelaki dan perempuan untuk agent/promoter produknya, Merve. Tak pasal-pasal kena tuduh sebagai perempuan jalang. Huhu.

OHMEDIA: LAIN KALI SIASAT DULU SEBELUM TUDING JARI.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media