Gambar Tidak Senonoh Tular Di Media Sosial, Ini Penjelasan Zed Zaidi!


Siapa jer tak kenal Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang menjadi perbualan hangat baru-baru ini kerana fotonya yang tidak senonoh tular di media sosial? Walau bagaimanapun, beliau tampil menjelaskan foto tersebut yang mirip dengan Zed dari segi wajah dan bentuk tubuh adalah bukan dirinya.

Yang saya tahu, itu bukan saya. Mereka boleh buat apa saja kerana mereka adalah penggodam atau ‘hackers’. Saya sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan saya anggap ini sebagai cabaran dalam perjuangan saya untuk industri dan anak seni.

Zed juga berkata dia sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan anggap perkara ini sebagai cabaran dalam perjuangannya untuk industri dan anak seni. Bukan itu jer, jikalau beliau menyakinkan dalam gambar itu adalah bukan dirinya, netizen masih tidak akan percaya.

Dalam masa sekarang, apa saja yang kita cakap, orang takkan dengar. Kalau saya cakap itu bukan saya pun, orang takkan percaya. Pada saya, ini bukan perkara baru kerana sejak awal pembabitan saya dalam industri hiburan, sudah ramai orang yang mengecam bahkan ada yang mengugut. Itu semua adalah untuk kita menambahbaik diri kita. Kalau semua orang terlalu memuji, itu sudah membodek.

OHMEDIA: MACAM-MACAM ORANG BOLEH BUAT KAN? BAHAYA BETUL!

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca takut dengan zaman sekarang di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media