Pelakon popular, Fazura dikatakan sudah mengandung empat bulan. Fazura juga mengatakan yang sejak disahkan berbadan dua, dirinya masih belum pernah mengalami alahan seperti yang selalu dihadapi ibu yang tengah mengandung, tetapi cuma berasa penat sedikit. Fazura telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin sejak tahun 2017.
Menurut laporan Berita Harian, Fazura juga ada mengatakan walaupun tiada alahan terhadap dirinya, rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sejak mengandung, Fazura jadi suka makan pedas walaupun sebelum ini tidak gemar. Pada awalnya, Fazura tidak percaya akan dirinya hamil dan berasa benar-benar yakin yang diirinya berbadan dua selepas kali ketiga membuat ujian.
Fazura juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan dirinya dan Fattah agar mendapat cahaya mata. Agak-agak baby boy atau girl ya? Tahniah Fazura! Semoga semua urusan akan dipermudahkan.
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca Fazura mengandung empat bula di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media