Ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, pelakon terkenal, Fasha Sandha mengambil kesempatan ini untuk banyak meluangkan masa untuk beribadah bersama keluarga apabila berada di rumah. Fasha juga mengatakan yang Allah sentiasa menguji hambanya dimuka bumi ini dan sama-samalah kita mengambil positif dengan ujian yang Allah beri ini menerusi akaun Instagram miliknya.
Fasha juga mengatakan yang keluarganya tenang saja apabila dirumah dan ambil masa yang ada ini untuk membuat ibadah seperti berpuasa ganti, puasa sunat, setiap waktu menunaikan solat secara berjemaah bersama ahli keluarganya, mengajar anak-anak membaca dan mengaji serta membuat homework. Fasha juga menasihatkan agar kita semua gunakan masa ini dengan perkara yang berfaedah dan tidak berasa tertekan apabila berada dirumah sepanjang tempoh PKP yang agak lama ini walaupun ada ramai yang stress disebabkan sekian lama duduk dirumah.
Sekiranya korang tiada apa-apa aktiviti untuk dilakukan, cubalah resepi-resepi baru untuk dikongsikan bersama keluarga. Kelihatan juga yang Fasha Sandha sangat bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 lalu.
Sumber : Fasha Sandha
+ Baca respon pembaca Fasha Sandha kongsikan rutin harian di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media