KUALA TERENGGANU, 7 April- Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili seluruh rakyat Terengganu merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube beliau, Ahmad Samsuri berkata, rakyat negeri ini amat terhutang budi kepada semua petugas barisan hadapan COVID-19.
"Para petugas barisan hadapan bertugas dengan penuh dedikasi dan berdepan risiko diri dan keluarga dalam memastikan rakyat dapat keluar dari bebanan COVID-19 dengan segera.
"Kepada semua rakyat setiap orang ada peranan dalam menangani pandemik ini termasuk mematuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta duduklah dirumah," pesannya.
Beliau turut mengingatkan seluruh anggota masyarakat agar tidak ingkar arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Sumber: teganukita.net