Ciri Fundraiser Pada Live Instagram Membolehkan Anda Mengumpul Dana Untuk Organisasi Tertentu


Instagram kini memudahkan orang ramai untuk mengumpul duit bagi non-profit organisation dengan membangun ciri Fundriaser pada Live Instagram dimana membolehkan mereka menderma secara terus kepada organisasi berkenaan.

Host live stream boleh menentukan organisasi mana yang mahu mereka bantu, dan semasa live berlangsung, mereka boleh melihat berapa banyak dana dapat dikumpulkan bersama-sama mereka yang membantu.

Sumber gambar dari The Verge
Selain itu, mereka juga boleh melihat sumbangan yang diberikan secara individu sekiranya mereka ingin nyatakan rasa terima kasih didalam live atas sumbangan yang diberikan. Semua dana yang diterima akan terus diagihkan kepada organisasi berkenaan tanpa mengambil duit sedikitpun oleh Instagram.

Host boleh memilih untuk membuat live berkenaan menjadi fundraiser sejak awal. Instagram sudah menawarkan stiker sumbangan untuk fungsi Stories namun, fungsi baru ini membawa idea ke siaran langsung yang baru popular.


OHMEDIA: MASA INILAH INFLUENCER DI SOCIAL MEDIA ATAU ARTIS DAN SELEBRITI MENGGUNAKAN PENGARUH ANDA AGAR DAPAT MENYUMBANG KEPADA ORGANISASI YANG MEMERLUKAN LEBIH-LEBIH LAGI BULAN PUASA INI. PASTI RAMAI DILUAR SANA YANG MEMERLUKAN.

Sumber: The Verge

+ Baca respon pembaca ciri fundraiser pada live Instagram membolehkan anda memngumpul dana untuk organisasi tertentu di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media