Di China, ada pasar basah yang telahpun dibuka semula selepas negara itu dikatakan telah melawan wabak covid-19 dan dikesan masih ada lagi hidupan liar yang terjual disana. Menurut Berita Harian, ada haiwan seperti anjing dan kucing di dalam sangkar yang bersedia untuk disembelih melalui tinjauan wartawan.
Menurut wartawan Daily Mail, pasar basah di beberapa daerah kembali beroperasi dan dikatakan ada pengawal keselamatan melarang sesiapa yang cuba mengambil gambar disana. Seorang lagi wartawan di Guilin dikatakan sempat merakamkan penjualan ubatan secara terbuka yang mengiklankan tentang labah-labah, kelawar, kala jengking dan cicak di sana yang dipercayai mampu merawat sesetengah penyakit oleh masyarakat China.
Perkara ini masih lagi dipertikaikan banyak pihak walaupun negara itu telah mendakwa yang mereka sudah berjaya melawan wabak covid-19 oleh kerana keraguaan terhadap statistik jangkitan sebenar yang dikeluarkan oleh Parti Kominis China.
Sumber : Berita Harian | Daily Mail
Sumber: Oh! Media