Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah-Buahan Tahan Lama



Ohmedia yakin ramai antara kita apabila membeli sayur dan buah-buahan adakala tidak tahan lama walaupun telah disimpan dalam peti sejuk. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk mengekalkan makanan supaya tahan lama dan tidak rosak. Antaranya, jangan simpan makanan yang cepat rosak seperti pisang, cendawan dan strawberi. Ini bermakna korang habiskan dulu makanan tersebut sebelum beli yang baru.


Seterusnya korang perlu simpan sayur dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk. Jika korang simpan dalam plastik atau bekas yang tertutup ianya akan membuatkannya cepat rosak. Selain itu, jangan simpan buah-buahan dan sayur di tempat yang sama. Hal ini disebabkan sayur akan lebih cepat rosak setelah terkena gas etilena yang dilepaskan oleh buah-buahan tersebut.



Walaubagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana tak semua makanan perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Contohnya kentang dan bawang, korang cuma perlu simpan di mana-mana bahagian tempat yang sejuk dan gelap kerana makanan ini boleh bertahan selama berminggu-minggu.

OHMEDIA : ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN. JANGAN BELI TAPI TIDAK MAKANAN AKHIRNYA MAKANAN ITU ROSAK.

+ Baca respon pembaca Cara untuk pastikan sayur dan buah-buahan tahan lama di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media