Cara Berhadapan Dengan Orang Yang Sedang Moody


Pasti korang pernah berhadapan dengan orang yang selalu moody. Kadangkala rasa tertekan pun ada dengan sikap mereka. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu ada terdapat cara untuk berhadapan dengan mereka antaranya cuba untuk memahami mereka. Hal ini disebabkan kita tidak tahu apa yang mereka sedang lalui. Mungkin emosi mereka terganggu dengan masalah yang sedang dihadapi.


Namun, jika moody mereka semakin teruk dan membuatkan korang mula rasa bosan jauhkan sahaja diri dari mereka. Korang tidak perlu membazir masa untuk melayan karenah mereka jika telah memberi perhatian sepenuhnya tetapi dihiraukan.


Kesimpulannya, korang hanya perlu bertenang dan cuba bantu sebaiknya untuk mood mereka kembali normal. Jika ianya sukar jangan dilayan dan anggap sahaja mood mereka dalam keadaan baik. Ingat, bukan mudah untuk mengawal emosi seseorang. Jadi biarkan mereka uruskan emosi sendiri sehingga kembali baik seperti biasa.

OHMEDIA : BUKAN MUDAH NAK KEMBALIKAN EMOSI ORANG YANG SEDANG MOODY, NAMUN KITA MAMPU UNTUK MENGUBAH REAKSI PADA DIRINYA

+Baca respon pembaca cara berhadapan orang yang sedang moody di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media