Korang mesti ingat dengan berita anak kepada supupu pelakon dan pengacara Neelofa yang disahkan positif COVID-19 ni. Untuk maklumat korang, seepas 19 hari adik Noor Sameera Mohd Nazlee dikuarintin, akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah.
Berita gembira ini dikongsikan Neelofa sendiri yang bersyukur apabila keputusan terbaru bayi berusia enam bulan itu negatif.
Alhamdulillah, sekepas 19 hari di kuarintin, Baby Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif. Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Baby Sameera. - Tulisnya.
OHMEDIA: JUMLAH MEREKA YANG SEMBUH DARI WABAK COVID-19 DI MALAYSIA JUGA SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI. SEMOGA MALAYSIA TERUS BEBAS DARI WABAK INI.
Sumber: @Neelofa
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Neelofa di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media