Apple Akan Papar Lokasi Pengujian COVID-19 Pada Aplikasi Peta Mereka


Dalam usaha Apple untuk membantu melawan pandemik COVID-19, Apple telah melancarkan sebuah portal dimana hospital, pusat penjagaan kesihatan dan perniagaan boleh mendaftar sebagai lokasi ujian COVID-19.

 Apple akan mengkaji semula permohonan dan apabila diluluskan, mereka akan memaparkan lokasi ujian secara langsung pada Apple Maps mereka. Lokasi ujian akan muncul dengan ikon glyph perubatan berwarna merah serta sepanduk khas pada aplikasi berkenaan.

Sumber gambar dari 5to9Mac
Antara maklumat yang disediakan adalah, nama tempat, penyedia penjagaan kesihatan, nombor telefon, dan laman web berkaitan. Ia juga akan memaparkan maklumat seperti jenis lokasi ujian, sama ada hospital atau makmal serta lokasi bangunan dan tempat letak kereta. Melalui aplikasi ini juga, mereka yang ingin melakukan ujian boleh menetapkan temu janji  terlebih dahulu.

OHMEDIA: INILAH PENTINGNYA TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENJAGAAN KESIHATAN, TIDAK TERTAKLUK PADA BIDANG PEMBUATAN SAHAJA.

Sumber: 5to9Mac

+Baca respon pembaca Apple akan paparkan lokasi pengujian COVID-19 pada Apple Maps di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media