Jerawat selalu tumbuh di muka pada waktu yang tidak diduga. Pelbagai cara akan dilakukan untuk menghilangkan jerawat tersebut sehingga ada yang meninggalkan parut. Oleh yang demikian, terdapat beberapa bahan yang boleh membantu kita untuk menghilang parut antaranya bedak sejuk kerana ianya dapat menyerap minyak pada muka yang sememangnya menjadi punca dari tumbuhnya jerawat.
Selain itu, korang juga boleh menggunakan Aloe Vera dan Lidah Buaya kerana kedua-duanya mempunyai vitamin semulajadi yang mampu untuk menghilangkan parut di muka secara perlahan-lahan. Ramai di antara kita sedia maklum bahawa Madu mengandungi khasiat untuk perubatan. oleh itu, ambil sedikit madu asli dan urutkan di muka korang. Selepas itu biarkan mukjizat yang ada pada madu ini menjalankan tugasnya.
Untuk pengetahuan korang, Baking Soda juga mempunyai banyak kegunaan antaranya untuk menghilangkan parut jerawat. Hal ini disebabkan baking soda mampu untuk menyerap masuk ke dalam pora kulit lalu membersihkannya bagi mengelak dari munculnya jerawat baru.
OHMEDIA : TIDAK PERLU MENGABISKAN WANG UNTUK MEMBELI PRODUK MENGHILANGKAN JERAWAT YANG MAHAL NAMUN TIADA HASILNYA
+Baca respon pembaca antara bahan untuk menghilangkan parut jerawat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media