7 Cara Kita Boleh Elakkan Diri Dari Wabak


2020 adalah tahun paling mencabar bukan saja untuk rakyat Malaysia, tapi kepada seluruh dunia. Covid-19 telah menjadi 1 nama yang disebut oleh hampir setiap orang di seluruh dunia.

Suatu virus yang agak merbahaya, yang mengancam nyawa. Dalam artikel ini, kita nak lihat apakah 7 cara kita boleh elakkan diri dari terkena virus ini.

Artikel ini ditaja oleh pihak Klinik Mediviron Kota Warisan Sepang, mohon Like page Klinik Mediviron Kota Warisan Sepang untuk info kesihatan yang lebih banyak.

Kita mulakan dengan beberapa nasihat yang diberikan oleh WHO - Organisasi Kesihatan Dunia:

1. Kerap basuh tangan anda selama 20 saat dengan sabun atau bahan cucian yang mengandungi alkohol.

Ia sangat penting sampaikan banyak institut kesihatan telah mengeluarkan tutorial video basuh tangan dengan cara yang betul.

2. Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin menggunakan tangan atau siku anda.

3. Jauhkan diri dari orang yang mengalami demam

4. Lakukan kuarantin diri dan duduk di rumah bagi mengelakkan ada interaksi dengan orang lain.

Ini disebabkan seperti yang mana kita semua tahu, covid-19 ini merebak melalui manusia ke manusia. Apabila kita keluar dan berada di luar, ada kemungkinan kita berselisih dengan orang yang mempunyai virus ini, dan ia boleh terjangkit pada kita.

Bukan setakat itu, bila kita dah terjangkit, kita balik rumah, kita boleh jangkitkan kepada ahli keluarga kita juga. Jadi lebih elok kita berada di rumah untuk mengurangkan risiko virus ini terus merebak.

5. Jangan menyentuh muka, hidung atau mulut jika tangan anda tidak bersih.

Mengikut kajian, virus covid-19 ini menjangkit dari manusia ke manusia melalui droplets yang keluar dari mulut dan hidung seseorang yang telah dijangkiti. Contohnya apabila seorang pesakit covid-19 ini bersin atau batuk, droplets yang keluar dari mulut dan hidung mereka boleh kena pada tangan anda. Dan apabila anda letak tangan di hidung atau muka anda, anda boleh menjangkiti virus covid-19 ini.

6. Amalkan langkah keselamatan yang betul jika terpaksa keluar atas urusan penting.

Walaupun kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan buat masa ini, tetapi kebanyakan kita masih keluar rumah atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Contohnya: beli barang keperluan masak, perjumpaan doktor untuk sakit kritikal dan pergi ke kerja bagi mereka yang dalam bidang 'essential service'.

Jika anda berada dalam situasi di atas, pastikan anda amalkan langkah keselamatan untuk elakkan menjangkiti virus covid-19.

Antara amalan-amalannya ialah:

A. Pakai face mask ketika keluar.
B. Selalu menggunakan hand sanitizer.
C. Elakkan pegang besi pemegang di stesen dan dalam tren, tangga dan bangunan-bangunan pejabat dan awam.
D. Selepas balik rumah, mandi dahulu dan rendam pakaian yang dipakai sebelum bergaul dengan ahli keluarga dan anak-anak.
E. Jarakkan diri anda dari orang lain sekurang-kurangnya 1 meter
F. Jangan keluar rumah jikalau anda kurang sihat atau demam.

Walaupun kesemua langkah keselamatan ini dibuat, risiko virus covid-19 ini tetap ada, dan semakin meningkat setiap hari.

'Frontliners' seperti doktor, polis kementerian kesihatan dan perdana menteri sedang berjuang di luar sana untuk rakyat Malaysia mengharungi musibah wabak penyakit pendemik ini.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa setiap hari dan meminta kepada Allah SWT supaya penyakit covid-19 ini dapat dihapuskan secepat mungkin dan semua kita boleh kembali ke kehidupan normal.

Saya berharap agar artikel ini bermanfaat dan dapat memberi sedikit sebanyak informasi dan kesedaran kepada anda sebagai pembaca. Jom sama-sama share artikel ini di sosial media untuk ramai lagi dapat manfaat darinya.

Kenali Dr. Ahmad - Dr. Ahmad Tayyib Azizan merupakan doktor graduan dari IMU (International Medical University) pada tahun 2008. 

Beliau pernah berkhidmat di Hospital Tuanku Jaafar dan sebagai pegawai perubatan di Jabatan Obsestrik dan Ginekologi. Seterusnya beliau berkhidmat di Jabatan Kecemasan, Nilai Medical Centre.

Kini beliau berkhidmat di Klinik Mediviron Kota Warisan Sepang. Klinik Mediviron Kota Warisan Sepang - Klinik yang dimiliki oleh adik-beradik Tayyib ini asalnya dari Nilai telah dipindah ke Sepang.

Mereka menawarkan pelbagai servis dan medical check-up, dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti x-ray, ECG, Ultrasound, dan lain-lain.

Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan mereka adalah seperti checkup pra-pekerjaan dan persekolahan, check-up jangkitan virus dan hormonal, penjagaan lepas melahirkan anak (postnatal care), ujian kencing, ujian darah, dan blood pressure, penyuntikan vaksin utk jemaah haji dan umrah, khatan teknik laser dan banyak lagi.

Bagi pesakit yang datang ke klinik ketika dalam tempoh PKP ini, pihak klinik juga memberikan face mask dan hand sanitizer secara PERCUMA. Tapi ianya terhad sehingga stok habis.

Selain itu, sesuai dengan pelaksanaan PKP, Mediviron KW juga menawarkan konsultasi kesihatan atas talian (teleconsultation).

Pesakit / Client boleh menelefon ke klinik atau Doctor seperti nombor 03-8705 9056 atau 012-936 4867 untuk mendapatkan konsultasi awal tentang masalah kesihatan yang dihidapi.

Selain menelefon, pesakit juga boleh menghantar pesanan ringkas (SMS) atau Whatsapp.

Kaedah ini membolehkan pesakit menjimatkan masa selain doctor dapat memberi nasihat awal sama ada pesakit perlu atau tidak ke klinik. Dengan ini, pesakit dapat mengelakkan daripada ke klinik jika tidak perlu.

Ini juga boleh membantu pesakit tahu lebih awal jika masalah yang dihadapinya harus cek di hospital besar ataupun tidak tanpa perlu susah payah ke klinik.

So dengan adanya pelbagai kemudahan dan fasiliti, bagi anda yang duduk berdekatan di Sepang dan sekelilingnya, boleh menjadikan klinik Mediviron Kota Warisan Sepang, sebagai klinik regular checkup keluarga anda.




Sumber: Oh! Media