5 Tips Untuk Memikat Hati Suami


Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti akan rasa bahagia. Namun terdapat  isteri yang sukar untuk mengekalkan rasa bahagaia tersebut dan memberi alasan bahawa suami sudah tidak sayang. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi 5 tips untuk memikat hati suami.

Berhias Untuk Suami


Kebanyakkan suami yang akan menilai tahap kebersihan isterinya. Oleh itu, sebagai isteri korang wajib jaga kebersihan diri dan rumah. Pakai pakaian yang bersih dan hias diri supaya nampak cantik, kemas serta dapat memikat hati suami yang baru pulang dari tempat kerja.

Kurangkan Membebel


Suami akan mula rasa tidak selesa jika isterinya suka membebel dan berulang kali tanya perkara yang sama seperti bila nak balik? pergi mana tadi? jumpa siapa tadi?. Elakkan berbuat begini kerana boleh mengganggu fokus suami jika beliau ada urusan penting yang hendak diselesaikan.

Manja


Suami mana yang tidak suka bila isteri bermanja. Perkara ini pasti akan membuatkan suami berasa senang hati dan melupakan seketika masalah di luar sana. Isteri juga perlu membezakan antara manja dan mengada, kerana kebanyakkan lelaki kurang suka pada perempuan yang mengada.

Tidak Mempertikaikan Kemampuan Suami


Jika suami ingin melakukan sesuai, isteri perlu bagi semangat pada suami dan jangan sesekali memperkecilkan kebolehannya. Beri kepercayaan kepada suami kerana peranan isteri sangat penting dan perlu berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Isteri Yang Memahami


Setiap suami inginkan seorang isteri yang mengambil berat dan memahami setiap perkara yang beliau lakukan. Isteri yang tidak memahami dan sering membangkang setiap perkara yang suami lakukan akan membuatkan suami mula timbul rasa bosan dan ingin menyendiri.

OHMEDIA : JADILAH ISTERI YANG SENTIASA DISENANGI OLEH SUAMI SUPAYA RASA KASIH SAYANG KALIAN KEKAL SELAMANYA

+Baca respon pembaca 5 Tips Untuk Memikat Hati Suami di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media