Ramai tidak sedari bahawa penyakit yang biasa mereka hadapi sebenarnya boleh menjadi penyakit kronik. Jika korang kerap rasa sakit di anggota badan segera lah berjumpa doktor untuk mengenal pasti penyakit korang. Ohmedia nak kongsi 5 penyakit yang boleh menjadi penyakit kronik.
Kaki Bengkak
Jika menyedari kedua-dua kaki sakit dan bengkak pastikan ianya tidak berterusan kerana berkemungkinan pada ketika itu jantung tidak berfungsi seperti biasa. Selain itu, jika hanya sebelah kaki yang sakit dan mengalami bengkak pada buku lali, mungkin terdapat darah beku di anggota badan kita.
Rasa Kebas
Diabetes dan kencing manis adalah satu penyakit kronik yang merbahaya. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, mereka juga berisiko untuk terkena sakit jantung dan darah tinggi. Oleh yang demikian, jika korang kerap mengalami rasa kebas di kaki lakukan pemeriksaan di mana-mana pusat kesihatan kerana ia mungkin tanda awal penyakit kronik.
Sakit Badan
Boleh dikatakan setiap hari kita akan melakukan pelbagai aktiviti, kerja dan perkara yang membuatkan kita banyak bergerak. Disebabkan itu ia akan menjadi punca kepada sakit di belakang badan sehingga tidur kita terganggu. Jika sakit ini berterusan, kita perlu mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital.
Sakit Perut
Masalah perut masuk angin akan senang berlaku jika kita tidak menjaga makan dan lambat makan. Walaubagaimanapun, jika perut terlalu sakit sehingga keluar darah atau najis menjadi hitam korang disarankan untuk berjumpa doktor untuk mengenal pasti penyakit yang sedang dialami.
Sakit Kepala
Kadangkala selepas bangun tidur ada antara kita akan mengalami sakit kepala. Mungkin bagi korang ini perkara biasa kerana kurang tidur dan rehat. Namun jika sakit kepala semakin teruk hingga mengakibatkan muntah kita harus dapatkan rawatan segera kerana ia boleh menjadi simptom kepada penyakit tumor otak.
OHMEDIA : JANGAN AMBIL MUDAH SETIAP SAKIT YANG KORANG ALAMI, KERANA IA MUNGKIN MENJADI ASBAB KEPADA PENYAKIT KRONIK
+ Baca respon pembaca 5 tanda awal penyakit kronik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media