Buah Naga mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan. Seperti semua tahu, buah naga ada 2 jenis warna iaitu merah dan putih. Kedua-duanya memiliki khasiat yang tersendiri dan mampu untuk mengubati pelbagai penyakit. Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 khasiat yang ada pada buah naga,
Mencegah Serangan Jantung
Buat naga merah mempunyai serat yang baik dan membantu untuk melancarkan sistem pencernaan. Selain itu. serat yang ada pada buah naga merah juga mampu berfungsi sebagai zat untuk mencegah serangan jantung. So korang digalakkan untuk makan buah naga merah kerana ia juga dapat membantu vitamin A bekerja dengan baik.
Merawat Kulit
Vitamin C yang ada pada buah naga boleh merawat kulit kerana. Antara manfaat yang ada pada buah tersebut adalah menjadi herba untuk menghilangkan jerawat. Caranya mudah sahaja, kupas kulit buah naga dan ambil isinya dan bender. Seterusnya masukkan ke dalam gelas lalu airnya korang sapukan ke muka. Ianya akan menjadi masker yang baik menjaga kulit dan wajah.
Menambah Nafsu Makan
Buah naga merah mempunyai kandungan vitamin B1 dan B2 yang dapat meningkatkan nafsu makan korang. Jika sakit sakit, kebiasaannya petugas perubatan akan memberi kita vitamin B1 dan B2 untuk menambah nafsu makan untuk membantu kita pulih dari sakit.
Menguatkan Tulang Dan Gigi
Fosforus dan kalsium amat diperlukan oleh tulang dan gigi untuk menjadi kuat dan sihat. Oleh yang demikian, buah naga juga mempunyai kandungan fosforus dan kalsium yang sangat baik untuk membantu tulang dan gigi. Jika korang amalkan pada setiap hari pasti tulang dan gigi korang akan sentiasa kuat.
Menurunkan Kolesterol
Buah naga juga memiliki zat yang dapat membantu peredaran darah dan jantung serta menurunkan kolesterol yang ada dalam darah. Selain itu, biji-biji kecil dalam buah naga juga berfungsi untuk menghilangkan kolesterol jahat.
OHMEDIA : NAMPAKNYA BANYAK JUGA MANFAAT YANG KITA BOLEH DAPAT BILA MAKAN BUAH NAGA.
+ Baca respon pembaca 5 khasiat yang ada pada buah naga untuk kesihatan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media