Xiaomi Tawarkan 3 Bulan Jaminan Tambahan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Gerakan


Disebabkan kerajaan telah membuat pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu, Offline Xiaomi Store juga dikatakan telah ditutup dan telah mengumumkan Caring Plan mereka kepada semua penggemar jenama Xiaomi.

Jenama Xiaomi yang semakin meningkat naik di Malaysia dengan perantinya yang agak canggih serta harganya yang tersangat berbaloi ini baru saja mengumumkan penawaran jaminan tambahan bagi sesiapa yang membeli peranti Xiaomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu selama 3 bulan gais.


Xiaomi mengatakan yang pembeli hanya perlu pastikan resit semasa pembelian disimpan dan jaminan selama 3 bulan yang dibuat ini tertakluk kepada semua peranti Xiaomi yang dibeli dalam tempoh PKP daripada pengedar tempatan. Oh ya, pembeli peranti Xiaomi yang lama dan jaminannya akan tamat pada 18 Mac hingga 31 Mac juga akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi.

Sumber : Xiaomi Malaysia

+ Baca respon pembaca Xiaomi beri 3 bulan jaminan tambahan di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media