Warga Mont Kiara Dikecam Netizen, Masih Keluar Bersenam Semasa Perintah Kawalan Pergerakan


Nampaknya masih ada lagi individu tidak mematuhi arahan daripada pihak kerajaan. Baru-baru ini, ada seorang pengguna bernama @abbakadabbra memuatnaik beberapa gambar di Twitter.


Menurut beliau, ternyata penduduk di Mont Kiara masih lagi keluar bersenam dan bersiar-siar seperti tiada apa yang berlaku. Siap tak pakai mask lagi pula tu! Ohmedia harap pihak polis dapat memantau dan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak mematuhi undang-undang di kawasan tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April ini kerana untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 tau, bukannya untuk korang balik kampung, pergi bercuti ke luar negara, lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah memaklumkan bahawa rakyat Malaysia hendaklah kekal berada di dalam rumah dan jangan keluar kecuali wakil atau ketua keluarga sahaja keluar untuk membeli barang keperluan.

Apa yang paling penting, korang kena kerap basuh tangan selama 20 saat. Jangan lupa juga untuk memakai hand sanitizer serta topeng muka ketika keluar rumah. Jarakkan 1 meter dengan orang lain. Stay safe, everyone!

OHMEDIA: KALAU KORANG NAK NEGARA KITA BEBAS DARI JANGKITAN WABAK COVID-19 INI, TOLONG PATUHI ARAHAN PIHAK KERAJAAN.

Sumber: Astro Gempak | Twitter

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media