Wanita Ini Maut Gara-Gara Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus


Sebenarnya tak salah pun kita nak diet untuk mengurangkan berat badan tapi korang amalkanlah diet yang betul supaya matlamat korang dapat dicapai dan pada akhirnya, korang akan merasa kebahagiaan sebenar tau.

Bila korang tak mengikut cara diet yang betul, korang tengok apa terjadi dekat seorang wanita berbangsa cina berusia 41 tahun ni yang terlalu obses untuk menjadi kurus sampai nampak tulang gais. Hmm, takut Ohmedia tengok tau.

Menurut perkongsian seorang pengguna yang bernama Imi Aruz di Facebook, wanita tersebut merupakan seorang arkitek dan dia cuma makan buah-buahan, sayur-sayuran dan produk soya. Apa yang lebih membimbangkan, wanita itu sering merasakan dirinya gemuk.


Pada 29 Disember 2019, Imi Aruz jumpa wanita itu di gym yang sudah pengsan selama 2 jam dan paramedic memberitahu bahawa reading blood sugar level wanita tersebut adalah 1.9. Kebiasaannya individu yang normal adalah pada aras gula diantara 4.0 mmol/L jer gais.


Pada 26 Februari yang lalu pula, Imi tidak nampak kelibat wanita itu di gym selama 2/3 hari. Apa lagi, Imi pun call number adik dia yang wanita tu pernah bagi. Rupa-rupanya wanita tersebut sudah menjadi mayat dekat rumah dia weh. Pergh!

Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua. Kalau nak diet tu memang boleh, tapi kena ada cara diet yang betul. At least satu hari dalam seminggu tu ada cheat day. Cheat day ni boleh makan apa jer korang nak selama satu hari tu.

OHMEDIA: DIET LAH DENGAN CARA YANG SIHAT.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca yang simpati dengan nasib wanita ini di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media