Baru-baru ini, seorang wanita warga Ukraine yang berusia 83 tahun dikatakan hidup kembali selepas 10 jam disahkan meninggal dunia di rumahnya, Stryzhavka. Dikatakan ahli keluarga telah mengaturkan pengebumian dan tempahkan paderi untuk jasadnya, tiba-tiba Ksenia Didukh mula menunjukkan tanda-tanda yang dia masih hidup selepas 10 jam disahkan meninggal dunia dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
17 Februari lalu, pihak paramedik telah mengesahkan yang Ksenia berada dalam keadaan yang tenat dan ahli keluarganya telah bersetuju untuk membawanya pulang ke rumah sebelum disahkan meninggal dunia dan keesokkan harinya, Ksenia tidak lagi bernafas.
Ksenia tidak ada apa-apa tanda sakit jantung atau penyakit lain sebelum dia disahkan meninggal dunia. Keluarganya telah membuat segala persiapan pengebumian dan kemudiannya anak perempuan Ksenia, Tetyana Potomchenko mendapati sesuatu yang pelik berlaku pada maknya itu.
Tetyana berasa suam selepas memegang dahi dan ketiak ibunya juga masih lagi panas. Sijil kematian ibunya segera dibatalkan oleh ahli keluarga. Ksenia kemudiannya dihantarkan kembali ke hospital dan telah disahkan pula berada dalam keadaan koma sebelum tersedar dan diberitahu, semasa tidak menyedarkan diri, Ksenia mengatakan yang dia dah ada dekat syurga bersama arwah ayahnya.
Sumber : Mail Online
+ Baca respon pembaca wanita tua hidup kembali di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media