Siapa je tak rasa geli bila tengok serangga lipas dalam makanan kita kan? Kalau dapat lipas yang jenis berjalan tu Ohmedia rasa okay lagi, tapi kalau dapat jenis suka terbang tu, bukan panggil lipas lagi dah gais. Huhu.
Baru-baru ini, ada beberapa pengguna di Facebook berkongsi satu video dan telah dimuatnaik ke page We Are Malaysians mengenai barangan di sebuah pasaraya mini, 99 Speed Mart yang terletak di Klang, Selangor.
Korang nak tahu apa jadi? Haa, korang boleh tengok video yang Ohmedia kongsikan dekat bawah ni. Semasa dia membuka kek yang dah beli tu, ada beberapa ekor lipas dekat dalam tu gais! Kakitangan 99 Speed Mart siap memberitahu dekat pelanggannya yang diorang tak dapat nak menghentikan lipas daripada memasuki produk diorang.
Bukan Abdul Rehman sorang je yang kena, tetapi ada juga individu yang lain terkena nasib yang sama. Lipas tu masih bergerak lagi tau dalam kek tu! Semoga pihak penguatkuasa memeriksa premis tersebut dan mengambil tindakan.
Bukan apa, kalau mata tak nampak mesti kita makan kek berperisa lipas tu kan? Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua setiap kali nak beli barang, check lah. Takut ada benda yang tak sepatutnya dekat barangan kita.
OHMEDIA: GELI BETUL TENGOK LIPAS TU!
Sumber: Facebook
+ Baca respon pembaca takut lipas di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media