Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja wanita sedang asyik bermain Tiktok tanpa menyedari tingkah lakunya diperhatikan oleh majikannya melalui CCTV.
“Ooo.. tutup pintu ye? Itu la kerja dia ya? Setiap hari macam tu,” kata majikan tersebut kepada salah seorang pekerja yang turut menyaksikan rakaman tersebut.
“Ni la yang aku geram kalau dapat staff yang macam ni. Ya Allah.. dia ingat saya bayar gaji dia, gaji buta. Dia datang duduk dengan berselfie macam tu, bertiktok. Malang betul la kalau saya dapat pekerja macam ni. Lingkup bisnes kilang saya kalau macam ni,” katanya lagi.
Dalam video kedua pula menunjukkan pekerja terbabit dimarahi oleh majikannya. Bukan itu sahaja, malah dia turut mencampakkan telefon bimbit milik pekerjanya itu.
“Saya sudah berada di sini hampir 15 minit, depan kamu, tahu ke tidak. Patutlah staff yang lain mengadu kat saya kamu asyik berselfie, bertiktok dan macam-macam lagi. Ni time kerja kan. Ini yang saya tak suka kalau dalam pejabat macam ni. Bak sini telefon kamu. Saya nak telefon kamu sekarang!”
Pekerja itu hanya menundukkan wajahnya dan apabila majikannya meminta telefon, dia terus menyoal mengapa mahu mengambil telefonnya.
“Kenapa nak ambil telefon saya, puan?”
“Saya kata bak sini, bak sini la!” majikannya terus merampas dan mencampakkan telefon bimbit itu ke lantai menyebabkan alat peranti itu berderai.
Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu. Di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa video itu mungkin merupakan satu strategi pemasaran syarikat itu.
Sumber: Gomo Network, Luqman Hashim Official
Sumber : thereporter.my