Uncle Kentang! Ohmedia yakin semua orang pasti mengenali Uncle Kentang yang cukup terkenal suka membantu orang susah. Sediakan Van Jenazah secara percuma, memberi makanan kepada gelandangan dan turut membantu keluarga miskin.
Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng adalah seorang aktivis kemanusiaan yang popular di Malaysia dan terbaru, dia telah telah melancarkan satu lagi inisiatif buat mereka yang kelaparan dan tidak berkemampuan untuk membeli makanan.
Perkara ini diumumkan Uncle Kentang di Facebook miliknya di mana dia telah membuat cawangan kedua bagi projek Dapur Umum yang bertempat di Restoran Chef Gemok, Bandar Bukit Puchong, Selangor.
Cawangan Dapur Umum pertama yang dibuka pada Oktober lalu dikatakan telah berjaya dan Uncle Kentang bersemangat untuk meneruskan cawangan kedua ini.
Usaha ini juga dilihat sangat baik apabila mereka yang selama ini terpaksa mengikat perut, kelaparan kerana tidak mempunyai wang, sekurang-kurangnya dapat mengisi perut dan makan makanan yang sihat di sini.
OHMEDIA: SEMOGA USAHA YANG MURNI INI DAPAT DITERUSKAN DAN MENJADI CONTOH KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI REZEKI LEBIH UNTUK BERSAMA-SAMA SALURKAN BANTUAN.
Sumber: Uncle Kentang
Sumber: Oh! Media