Ohmedia yakin yang mesti ramai yang masih ingat dengan seorang lelaki warga Australia yang telah didakwa melakukan serangan tembakan rambang di dua buah masjid New Zealand sehingga mengakibatkan 51 kematian jemaah tahun lalu.
Terkini, dia yang telah dihadapkan ke mahkamah telah mengaku bersalah atas semua 40 pertuduhan, termasuk cubaan membunuh dan satu pertuduhan kerana terbabit tindakan pengganas.
Ya, bersalah. - Kata Tarrant kepada Mahkamah Tinggi Christchurch yang dilihatkan dari Penjara Auckland yang mengaku sambil memandang kamera.
Dengan ini, tamatlah sudah sebarang perbicaraan yang akan diteruskan dan hakim Cameron Mander telah merekodkan sabitan atas semua pertuduhan dan memaklumkan Tarrant akan dijatuhkan hukuman pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang masih ingat dengan serangan mengejut ke atas masjid di New Zealand di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media