Terkini! Semua Masjid, Surau, Solat Jumaat & Solat Berjemaah Ditangguhkan 10 Hari


Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut telah mengeluarkan arahan dan pengumuman penting untuk menghentikan segala aktiviti di masjid dan surau untuk solat Jumaat dan solat berjemaah selama 10 hari bermula pada hari esok 17 Mac 2020.

Keputusan ini diambil setelah selesai melakukan perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan dan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas.

Tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan KKM dan mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bagi pelaksanaan perihal penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau serta panduan pengurusan jenazah Covid-19, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri. Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan kedua-dua perkara itu adalah terpakai di Wilayah Persekutuan. - Kata Dr Zulkifli.

Keadaan di negara kita juga menjadi semakin tidak terkawal apabila terlalu banyak berita yang disiarkan tanpa mengetahui kesahihannya. Bagaimanapun seluruh rakyat Malaysia masih menanti kenyataan rasmi dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan melakukan pengumuman penting pada malam ini jam 9 malam.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media