Terbaik! Penduduk Kuarters Polis Adakan Majlis Bacaan Yassin Dari Balkoni Rumah Masing-masing


Inilah apa yang sepatutnya kita lakukan! Bukannya buat konsert! Ohmedia tertarik dengan usaha yang dikongsikan oleh penduduk kuaters polis yang mengadakan majlis bacaan Yassin dari balkoni rumah masing-masing sahaja.

Kita sedia maklum yang sekarang pihak kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini dan semua diminta untuk terus berada di rumah masing-masing bagi mencegah wabak COVID-19.

Banyak aktiviti yang dikongsikan di media sosial dan bagi mereka yang beragama Islam, amat digalakkan untuk melakukan solat hajat dan bacaan yassin di rumah masing-masing. Agama lain turut boleh melakukan perkara ini mengikut cara agama masing-masing.

Melalui satu perkongsian dari Facebook Penduduk Kuarters Polis Trafik Kulim ini, mereka menunjukkan yang kebanyakan keluarga berada di balkoni masing-masing dan diketuai seorang anggota bagi mengetuai majlis bacaan yassin.


Sumber: Facebook Penduduk Kuarters Polis Trafik Kulim

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media