Tak Semua Hero Pakai Topeng, Ada Yang Pakai Helmet!


Semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah dan elakkan sebarang aktiviti tidak perlu di luar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah daripada penularan jangkitan wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, petugas barisan hadapan juga masih bekerja bertungkus-lumus dan sanggup merisikokan diri mereka demi melindungi negara tercinta dan kebanyakan rakyat Malaysia turut menjadikan setiap penghantar makanan seperti foodpanda sebagai hero tidak didendang.


Jika dilihat pada situasi sekarang, pasukan hadapan negara terutama pasukan perubatan sedang bertungkus lumus di Hospital untuk memastikan wabak ini berakhir. Pasukan polis dan askar juga sanggup berkorban untuk turun kelapangan bagi mengawal pergerakan rakyat dan memastikan keadaan terkawal. Walaupun terdedah dengan wabak virus bahaya ini, mereka tetap menjalankan kewajipan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Jadi apa pula tanggungjawab kita? Kita hanya ditugaskan untuk terus berada di dalam rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah di saat Malaysia sedang menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19 ini. Pihak kerajaan turut menyatakan bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan harian. Diharapkan yang kita semua terus bersabar dan berdoa agar wabak ini berakhir ya!


Wabak Covid-19 ini mudah berjangkit hanya melalui titisan cecair atau droplet yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap, batuk atau bersin dan bukannya secara bawaan udara atau ‘airborne’.

Jadi elakkan keluar rumah semata-mata ingin mendapatkan makanan kegemaran kita. Sebab itu penghantar makanan masih diberikan tugas untuk terus berkhidmat dan memastikan orang ramai terdedah dengan wabak. Walaupun sangat bahaya untuk berada di luar, mereka tetap bersemangat memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia. Macam mana tak senyum bila dapat makan makanan kegemaran kan? Hehe.


Tiada kata yang dapat diucap selain ucapan terima kasih kepada pasukan hadapan negara termasuk semua penghantar makanan yang sanggup untuk menjadi salah satu petugas barisan hadapan. Ya benar, mereka hanya ingin mencari rezeki, jadi apa salahnya kita gunakan khidmat yang ada untuk membantu ekonomi mereka.


Baru-baru ini, pihak foodpanda telah menaikkan papan iklan dan menjadi wakil untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rider penghantar tanpa mengira mereka dari mana. Ada rider foodpanda, GrabFood, KFC, Mekdi dan banyak lagi penghantar yang lain dengan kata-kata ‘Terima kasih wira & wirawati selera Malaysia! Sumbangan serta dedikasi anda amat kami hargai”.


Jadi, selagi kita boleh mengelak untuk keluar dari rumah, elakkan! Lagi-lagi bila kerajaan sudah umumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April yang sepatutnya tamat pada 31 March 2020 ini. Terus bersabar dan patuh arahan!

+ Baca respon pembaca tak semua hero pakai topeng di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media