Saintis Perjelas Mengapa COVID-19 Lebih Memberi Kesan Berbanding SARS Sebelum Ini


Wabak COVID-19 telah meragut beberapa nyawa sejak penularan pada Disember tahun lepas terutamanya di China dan Italy. Semalam Malaysia telah mencatatkan dua kematian pertama melibatkan seorang pesakit dari Johor dan Sarawak. Jumlah kes juga di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Ini kerana menurut kajian yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat, wabak berkenaan mampu bertahan diudara selama beberapa jam, seperti yang dipetik dari Berita Harian. Kajian baru ini diterbitkan didalam New England Journal of Medicine (NEJM) oleh saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), University of California, Los Angeles dan Princeton.

Saintis berkenaan mendapati virus penyebab kepada COVID-19 mempunyai tahap yang sama di luar tubuh seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sebelum ini. Ini bererti bahawa transmisi virus tidak menampakkan simptom ini menjadikan pandemik sebelum ini lebih serius dari SARS. Memetik maklumat dari Berita Harian, wabak COVID-19 juga boleh dikesan pada plastik, keluli tahan karat serta 24 jam pada kadbod.

Sumber gambar dari ABC News
Ini kerana ujian yang dijalankan turut dilakukan keatas virus SARS, iaitu meniru simulasi batuk atau bersin manusia. Hasilnya kedua virus bertindak sama. Namun menjadi persoalan mengapa pandemik COVID-19 menjangkiti hampir 200,000 orang dan menyebabkan hampir kematian kepada 8,000 orang, manakala wabak SARS menjangkiti kira-kira 8,000 dan membunuh hampir 800 orang.

Jelas saintis berkenaan secara ringkas, COVID-19 menghantar virus tanpa menunjukkan sebarang gejala terlebih dahulu berbanding SARS. Oleh yang demikian, penting buat masa sekarang untuk kurangkan pergerakan diluar serta memakai penutup muka dan kerap sanitasi tangan  dalam usaha mengekang penularan wabak ini.

OHMEDIA: OLEH SEBAB ITU, KORANG KENA SENTIASA AMALKAN KEBERSIHAN SDRI UNTUK ELAK WABAK INI DARI TERUS MENULAR.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca wabak COVID-19 mampu bertahan diudara selama beberapa jam di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media