Selepas bertungkus lumus mencari vaksin bagi merawat penyebaran wabak coronavirus, pihak sainstis masih tidak menjumpai jalan keluar dan kini mereka mendakwa yang virus itu telah bermutasi kepada dua jenis.
Dua jenis coronavirus ini digelar sebagai jenis L yang lebih agresif dan jenis S pula lebih ringan. Perkara ini dikeluarkan oleh Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai.
Sehingga sekarang, jenis L dilihat merebak dengan pantas dan 70 peratus kes datang dari jenis ini.
Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020. Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat. Penemuan ini amat menyokong keperluan untuk kajian segera, yang menggabungkan data genomik, data epidemiologi dan rekod simptom pesakit dengan penyakit coronavirus. Pada masa ini, kami tidak mempunyai bukti yang kuat bahawa virus itu mempunyai evolusi, jadi kami perlu berhati-hati apabila menafsirkan kajian berasaskan komputer seperti ini. - Kata pakar saintis.
OHMEDIA: APA-APAPUN KITA HARAPKAN AGAR VAKSIN BAGI MELAWAN WABAK INI CEPAT DITEMUI.
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media